
Salam, kepada semua pembaca blog saya.Hari ini ingin saya berkongsi satu pengalaman bersama pembaca blog.Tujuan adalah untuk berkongsi pengalaman supaya kita semakin matang dalam menjalani kehidupan. Pada hari ini,saya telah dikunjungi oleh pensyarah lama saya di sekolah.Beliau ke sekolah saya untuk menyelia guru pelatih praktikum di bawah bimbingan saya.Sebelum saya meneruskan cerita selanjutnya,ingin saya berkongsi tentang perwatakan pensyarah ini. Untuk makluman,beliau merupakan pensyarah yang amat saya sanjungi,hormati dan sayangi semasa di Institut Perguruan dulu. Mungkin disebabkan beliau pernah menyelia saya sewaktu Menjadi guru pelatih praktikum dulu.
Berbalik pada cerita tadi. Semasa beliau bersama saya dan dua orang lagi guru pelatih praktikum. Saya dapati beliau begitu bersemangat memberi input2 berguna kepada 2 orang guru pelatih praktikum. Sama seperti dulu beliau menyelia saya dan kawan2.Saya hanya mampu tersenyum melihat. Namun demikian, tiba-tiba beliau mengeluarkan air matanya. Saya terpegun sebentar tetapi saya dapat merasakan air mata yang terkeluar daripada mata beliau bukanlah disengajakan. Saya dapat merasakan beliau begitu amat menyayangi anak muridnya. Beliau ingin melihat anak2 muridnya di bawah bimbingan beliau semasa praktikum kini sama atau lebih cemerlang daripada batch saya yang lepas.
Kalau dulu saya masih ingat batch kami sentiasa dipuji oleh pihak sekolah semasa menjalani praktikum dan tidak ada sebarang masalah yang timbul. Tetapi batch sekarang banyak menghadapi cabaran dan lintangan. Mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. Semasa beliau mengesat air matanya, saya dapat melihat kasih sayang dan harapan yang tinggi beliau letak ke atas batch baru ini. Sebelum ini pun beliau sentiasa memuji batch baru ini setiap kali saya berjumpa beliau.
Dipendekkan cerita selepas beliau balik saya pun menelepon kawan2 dan isteri yang membimbing guru pelatih praktikum batch kini. Meminta mereka membimbing guru pelatih praktikum batch kini dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah mereka memberi respon yang baik. Setakat itu saja yang mampu saya lakukan selebihnya terpulang kepada guru pelatih praktikum batch kini. Sebelum saya mengakhiri tarian E-Pena ini, ingin saya berkongsi pengalaman selama 1 tahun berkhidmat sebagai guru B&K dengan batch kini.
Kecemerlangan anda di IPGM bukan penentu kecemerlangan anda di sekolah. Sebagai guru B&K anda perlu mempunyai hubungan yang baik dengan semua warga sekolah kerana kita sentiasa memerlukan bantuan kerjasama daripada mereka. Oleh itu, komunikasi berhemah perlu dipraktik oleh seorang guru B&K. Selain itu, nawaitu yang betul dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah s.w.t akan menberi kekuatan kepada kita mengharungi cabaran sebagai seorang guru B&K. Dan paling penting seorang guru B&K perlu mempunyai kasabaran dan ketabahan yang tinggi.
Saya doakan guru pelatih praktikum batch ke-2 B&K ini akan mencapai kecemerlangan semasa menjalani paraktikum dan seterusnya di sekolah nanti apabila keluar daripada IPGM kelak. Itulah hadiah paling bermakna yang anda akan berikan kepada pensyarah anda yang telah banyak berkorban. Kepada Pensyarah Ku,saya doakan Puan dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik,amin.






